Tuesday, October 5, 2010

KOLEKSI GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS















Suami Tercinta - Nassar
Berat sebelum - 95 kg
Berat selepas - 76kg






Ini bukan omong2 kosong..
Ini adalah suatu REALITI

Wednesday, September 8, 2010

KEJUTAN 29 RAMADHAN BERSAMA RXLITE




Gambar TERKINI !!!














Alhamdulillah sebulan berpuasa bukan saja kemenangan bagi umat Islam menahan nafsu lapar,haus dan dahaga tetapi kemenangan buat insan yg sedang berdiet spt diriku juga..Aku bersyukur ke hadrat Illahi bila hari ini pd 8/9/2010 pergi ke shoppingmall beli seluar utk anak...aku pun ambik kesempatan jugak beli seluar baru kerana seluar ku dah besar2 semuanya..mula2 cari saiz 36 pastu 34 tapi msh longgar...cuba lagi saiz 32 melonjak kegembiraan bila dapat masuk dengan selesanya...sungguh tak ku sangka...baru nak masuk 4 bulan dah turun 10 in.

Jumlah penurunan setakat hari ini adalah 30kg

Berat sebelum - 115 kg
Berat setakat 8 September 2010 - 85 kg

Tahniah utk diri sendiri..

Terimakasih RXLITE..kerana memberi sinar harapan yang cerah utk
insan 3G spt diri ku menjadi insan yang kini berbeza dari
sebelum mengenali dan mencintai RxLite..

Saturday, August 14, 2010

TRANSFORMASI HEBAT BERSAMA RXLITE















































































Ingin berkongsi...saat2 kegembiraan setelah TRANSFORMASI kerana RxLite..
Bukan utk menunjuk - nunjuk..tapi utk menimbulkan kesedaran di kalangan yang
bertubuh 3G...Rx Lite boleh merubah penampilan tanpa perlu bersusah payah..
DDND ...terimakasih kerana produk hebat ini..



Saturday, August 7, 2010

PENGALAMAN TRAGIS SEBELUM MENGENALI RX LITE

Inilah perjalanan saya...perjalanan yang sukar...bukan omong2..tapi realiti..


sebelum saya mengamalkn rxlite ni terlalu banyak cerita dalam cerita....bermacam2 ubat2 diet dah cuba termasuk lah pergi ke slimming centre...yg terakhir ni baru lah bertemu jodoh dgn RXLITE...ketika berat 115kg(yg tertinggi)bg sy amat lah menyiksakan dari segi kesihatan hingga lah mencari pakaian...amat menyedihkan bagi saya apabila bertemu kawan2 pasti akan menegur kegemukkan yg tak di ingini ini...perasaan rendah diri menyelubungi diri ini...namun saya jadikan semangat untuk membuktikan yang saya boleh SLIM suatu hari pasti akan ku buktikan jugak...saya yakin pada RXLITE yg juga tiada kesan sampingan..ketika kegemukkan melanda kesihatan saya juga kurang sihat...muka pucat tidak bermaya,kulit kusam tidak berseri...sering pening2 dan sesak nafas yg paling menyedihkn sekali bila hormon jg terganggu bila hampir 2 thn saya tak dapat jadi wanita normal yg akan datang haid setiap bulan...nak di katakan menopouse masih terlalu muda..nak pergi check ke klinik tiada masa...teman2 banyak menasihatkn agar pergi ke klinik krn takut saya terkena penyakit yg tak di ketahui...tapi kesibukkan tidak mengizin untuk smua itu...saya hanya berserah tawakal pd Yang Maha Kuasa. Masa saya gemuk tu saya tidur berdengkur kuat...sekarang dah ok...pastu lepas 3 bln mengamalkn rxlite sy trs datang haid dgn bnyk sekali...

Satu perkara lagi bila mencari pakaian geram tgk baju2 yg cantik...ada pun saiz xxl ingatkan muat tapi bila di cuba dlm fitting room berpeluh2 saja tapi hampeh tak sesuai kerana lemak sana sini...sedih hati ini ketika itu...malu pun ada pada suami wlpn dia tak pernah mengejek saya..malahan dia kata walaupun saya gemuk macamana pun dia tetap sayang pada saya...tapi tak mungkin saya nak memelihara lemak yg mengundang penyakit ini....sampai bila???akhirnya sy bertekad mencuba RXLITE sebagai percubaan yg terakhir...setelah minum RXLITE selama 1 1/2 berat sy trn 20kg...betapa gmbiranya hati ini...dia telah mengubah penampilanku...kulit mnjadi cerah dan berseri...pakaian yg dulu mcm sarung nangka kini dah boleh di pakai kembali malah longgar dari dulu..yg hairan nya baju2 tu masa berat sy 83kg yg pakai..tapi ketika berat yg 90kg dah boleh masuk...walaupun berat tapi inci lbh bnyk kurang..maknanya padat...jugak tiada masalah menggeleber..tetap tegang walaupun ada pembakaran lemak..

.Ini lah kelebihan produk yg d cipta oleh DATO' DR NORDIN DARUS...terima kasih DDND semoga DDND di berkati ALLAH S.W.T..kini hidup saya lebih bermakna..

AKU INGIN BEBAS DARI 3G ..

Oleh itu aku memilih Produk Diet Rx Lite setelah melihat testimoni menarik ..












KENAPA MEMILIH RXLITE?

MUDAH

RxLite didatangkan dalam bentuk pek pracampuran dan boleh diminum begitu sahaja, atau dibancuh bersama susu, soya dan buah-buahan. Rxlite tidak perlu diambil bersama produk lain dan tiada pantang larang dalam cara penggunaannya.

LAZAT
RxLite tidak menggunakan perasa tiruan sebaliknya menjadikan KOKO sebagai asas produk. Di dalam pasaran, bancian menunjukkan RxLite dianggap lebih sedap berbanding produk-produk lain. Ini adalah penting bagi memastikan anda mampu meneruskan penggunaan produk ini secara berterusan.

BERKESAN
Kami meramalkan pengguna biasa mampu hilang 5-6kg sebulan dengan penggunaan RxLite. Walaubagaimanapun, pengguna kami yang benar-benar mengikuti terapi pelangsingan RxLite telah berjaya hilang melebihi 20kg dalam masa sebulan.

TERUJA dengan testimoni RxLite ....antara nya seperti berikut :
































3 G : Gebu, gempal dan gemuk beri ancaman psikologi

‘MASALAH 3G’ iaitu Gebu, Gempal dan Gemuk bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan tetapi turut mempengaruhi psikologi individu.

Apabila 3G menyumbang kepada peningkatan risiko masalah kesihatan antara lainnya seperti mendapat kanser payu dara, kanser kolon, prostat, ia juga turut memberi kesan psikologi yang boleh membawa kepada konsep kendiri yang rendah, penarikan diri daripada membina hubungan, pengasingan sosial, kebimbangan dan kesankesan psikologi yang lain.

Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami masalah 3G.

Gejala 3G ini dikatakan menjadi masalah kesihatan yang semakin serius. Ini kerana kegemukan adalah permulaan untuk mendapat penyakit kronik seperti jantung, koronari, diabetes dan strok.

Memandangkan gejala 3G ini sudah menjadi masalah kesihatan yang semakin serius, langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan oleh semua pihak.

Masalah kegemukan bukan sahaja dialami oleh penduduk negara ini. Kajian oleh American Medical Association menunjukkan peningkatan jumlah kes gemuk berlebihan dari tahun 1991 hingga 1998 di Amerika Syarikat (AS).

Seorang ahli psikologi menjelaskan bahawa masyarakat AS mempunyai wang yang lebih dan mengalami gaya hidup yang lebih sibuk.

Oleh itu, cara pemakanan turut berubah di mana mereka lebih menggemari makanan segera.

Kajian tersebut juga menunjukkan masalah kegemukan berbeza mengikut demografi. Kajian itu mendapati terlalu banyak makanan yang menyelerakan dan kurang senaman adalah juga antara punca kegemukan.

Di negara ini, 3G antara lainnya disebabkan daripada perubahan gaya hidup rakyat negara ini ekoran pertumbuhan pesat sosioekonomi yang memberangsangkan.

Seperti yang dikatakan, kesan 3G juga turut dirasai secara psikologinya. Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan berlebihan sering menerima stigma oleh rakan-rakan sebaya mereka. Menerima ejekan dan panggilan nama serta mengalami pengasingan sosial, tidak diterima oleh rakan-rakan adalah antara kesan-kesan yang boleh diterima oleh pelajar-pelajar sekolah yang menghadapi masalah kegemukan berlebihan (Strauss & Pollack, 2003).

Kesan-kesan segera kegemukan berlebihan dikaitkan pula dengan kesan psikologikal seperti mempunyai konsep kendiri yang rendah, mengalami masalah psikologikal seperti mempunyai tingkah laku untuk mengawal berat badan yang tidak sihat seperti bulimia.

Kanak-kanak yang mengalami masalah gemuk yang berlebihan juga dilaporkan lebih cenderung untuk mengamalkan diet yang berlebihan, tidak makan mengikut jadual waktu yang sepatutnya dan menghabiskan masa yang panjang di hadapan televisyen.

Kesan jangka masa panjang pula ialah mereka menerima layanan yang kurang adil di tempat kerja dan kadar perkahwinan yang rendah (Puhl & Brownell, 2003).

Bagaimanapun, tidak semua kanakkanak yang mengalami kegemukan berlebihan mengalami masalah psikologi. Kanak-kanak yang sering bercakap dengan ibu bapa mereka tentang tabiat pemakanan kurang berkemungkinan terlibat dalam tingkah laku tidak sihat.

Beberapa cadangan telah diberikan untuk mengurangkan masalah 3G ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mencadangkan dua amalan asas untuk menangani masalah 3G ini iaitu mengambil makanan berkhasiat mengikut keperluan tubuh dan melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi.

Cadangan lain ialah media boleh menunjukkan program-program kecergasan dan cara-cara menangani kegemukan.

Melakukan senaman sekurang-kurang 30 minit sehari, tiga kali seminggu juga dikatakan dapat mengurangkan masalah kegemukan. Masalahnya ialah adakah kita cukup beriltizam untuk melakukan senaman seperti yang dicadangkan. Penggunaan makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula juga patut dikurangkan.

DIRI KU - SEBELUM MENGENALI RXLITE




RXLITE : TERAPI PELANGSINGAN

Rx Lite boleh digunakan sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian anda. RXLite akan membantu menambah tenaga, mengurangkan rasa lapar, menambah protein dan kalsium dalam tubuh badan.

Rx Lite mengandungi L-Carnitine yang membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak.

RxLite berkhasiat dalam:-

* Membantu membakar lemak
* Diperkaya dengan vitamin dan mineral
* Rasa koko yang lazat
* Mengandungi anti-oksida

RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 8am sekitar tahun 80an dahulu. Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.

Soalan-soalan lazim:
1. Bagaimana rasanya?
Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo kurang manis.

2. Bagaimana cara penyediaannya?
RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian Pakej Copycat RxLite).RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.

3. Bagaimana ia berfungsi?
RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Cambogia, L-Carnitine - dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Selain itu, ia diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan 'portion' pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.

4. Berapakah sukatan yang diperlukan?
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?

RxLite tidak sesuai bagi:

1. Kanak-kanak di bawah 12 tahun,
2. Ibu mengandung,
3. Mereka yang mempunyai sejarah sawan
4. Mereka yang mempunyai masalah jantung yang kronik
5. Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.